Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna bawang putih atasi anak selesema, batuk? Pelakon Nadiah M. Din kongsi petua

Sep 27, 2023 | 05:59 PM



Dalam era moden ini, ibu bapa lazimnya akan terus menggunakan perubatan doktor untuk merawat anak sekiranya mereka jatuh sakit.

Namun, pelakon dan pengacara Nadiah M. Din telah menarik perhatian warganet tatkala menggunakan kaedah tradisional menggunakan bahan asas dapur, bawang putih, untuk merawat anaknya yang mengalami batuk dan selesema.

Dalam video 32 saat yang dimuat naik di Tik Tok dan Instagramnya, beliau dilihat membalut beberapa kepingan bawang putih yang telah dipotong menggunakan kain kasa.

Kain kasa berisi bawang putih kemudian diletakkan di tapak kaki anaknya yang sedang tidur sebelum stokin disarungkan.

Dalam kapsyen yang disertakan, Nadiah berkata beliau sering mengamalkan cara itu bagi anak-anaknya sekiranya mereka selesema dan batuk.

“Anda akan kagum dengan kelajuan pemulihan mereka! Enzim bawang putih akan menembusi dan menyokong sistem imun anak kita. Ia juga bantu melegakan kesesakan (hidung) juga,” tulisnya yang menambah bahawa orang ramai tidak patut memandang rendah “keindahan” bawang putih.

Beliau menceritakan bahawa beliau membesar dalam rumah di mana bawang putih, halia, serai, madu dan kunyit sering digunakan.

“Saya masih ingat arwah bapa saya akan cincang bawang putih dan berikan bersama madu apabila saya berkata ‘Bapak, kepala saya pening’ dan setelah itu, pening kepala saya hilang! Mak akan merebus halia dan serai bersama untuk kami minum apabila kami demam,” katanya.

Nadiah akur bahawa sesetengah orang turut menggunakan bawang merah juga.

Perkongsiannya itu mengundang respons positif daripada warganet yang meninggalkan komen dengan ada yang mengesahkan kaedah tersebut berhasil.

Pengguna Instagram eka_shah berkata:

“Saya secara peribadi gunakan bawang putih dengan banyak juga untuk selesema dan batuk dan ia berhasil seperti magic!”


Ada pula yang tidak sabar untuk menggunakan cara tersebut.

Seorang pengguna Instagram 2r4 berkata:

Omg... I nak ikut buat jugaaaa. Anak-anak perempuan saya sedang selesema, batuk...”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >