Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dekati golongan muda melalui media sosial

Guna hashtag kreatif untuk tarik perhatian

Jun 27, 2017 | 05:30 AM



Dalam satu laporan berita baru-baru ini, Pejabat Mufti telah mengongsi rancangan mereka mahu mendekati asatizah setempat agar lebih aktif dalam talian sebagai sebahagian daripada usaha menyekat radikalisme dalam talian. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) menemu bual asatizah yang aktif dalam talian untuk mengetahui bagaimana mereka mendekati 'pengikut' mereka serta mempertingkat kehadiran mereka di pelbagai platform media sosial. Laporan juga di halaman sebelah.



PENGGUNAAN hashtag seperti #notpauto di laman media sosial mungkin dianggap tidak sopan bagi golongan warga tua.



Tetapi hashtag sebegini, menurut Ustaz Muhammad Zahid Zin, 33 tahun, menarik perhatian anak muda yang ingin terus membaca inti pati apa yang ditulis atau catatannya.



Hashtag menarik perhatian itu digunakan demi mengajak 'pengikutnya' di pelbagai laman media sosial agar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mendapati orang tersayang terpesong ekoran fahaman radikal.



Misalnya, catatan yang ditulisnya dalam Twitter berbunyi seperti berikut: "Report dia bukan bererti hancurkan, tapi untuk selamatkan masa depan dia. #notpauto"



Pendekatan sedemikian yang tidak begitu serius pastinya dapat menarik perhatian warga muda agar terus membaca mesej yang ingin disampaikan.



"Sekiranya jika kita selang-selikan mesej dengan sedikit gurau senda, pastinya lebih ramai belia dapat didekati," ujar Ustaz Zahid yang ditemui Berita Harian di pejabatnya di Arab Street baru-baru ini.



Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Youth Forum itu mula aktif di alam media sosial lebih-lebih lagi setelah beliau dikenali sebagai Ustaz Tok Kadi, menyusuli penglibatannya dalam drama popular dengan nama yang sama.



Daripada sekadar menulis catatan di Facebook, beliau mula meluaskan rangkaian media sosialnya dengan menulis di Instagram dan Twitter bagi mendekati lebih ramai warga muda yang kian beralih ke platform tersebut.



Setiap hari, Ustaz Zahid, 33 tahun, menulis sehingga 10 catatan di ketiga-tiga media sosialnya itu bagi memastikan kehadirannya berterusan di dalam talian.



Daripada pengamatannya, beliau mendapati kian ramai belia menggunakan fungsi "retweet" atau menerbit semula catatannya di akaun peribadi mereka.



Dan apabila beliau melihat profil mereka yang menerbitkan semula catatannya itu, Ustaz Zahid, yang juga Naib Kadi di Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), mendapati bahawa para belia itu turut menerbitkan semula catatan daripada penceramah agama luar negara.



Lantaran itu beliau menggesa asatizah setempat agar memanfaatkan sepenuhnya media sosial yang ada.



"Kita perlu pastikan pengetahuan agama yang dicari para belia yang dahagakan ilmu itu disesuaikan dengan konteks kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura," tekannya.



Masalahnya ialah meskipun asatizah menggunakan platform tersebut, mereka masih kurang fasih cara hendak menembusi trafik dalam talian.



"Misalnya ada asatizah yang datang kepada saya dan mengeluh kerana catatan yang mereka muat naik ke Facebook tidak dapat meraih jumlah 'Likes' atau perkongsian yang tinggi.



"Apabila saya tanyakan pukul berapa mereka memuat naik catatan itu, mereka katakan 9 pagi.



"Waktu itu bukan waktu yang baik kerana 'laluan trafik' di Facebook misalnya agak lemah pada waktu itu kerana kebanyakan orang sudah pun masuk pejabat dan bagi belia pula, kelas sudahpun bermula," kongsi bekas pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu.



Oleh itu Ustaz Zahid memberitahu bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Mufti mengadakan sesi khas buat asatizah setempat tentang cara menggunakan media sosial serta memasarkan kelas yang dikendalikan asatizah dengan lebih berkesan.



Tambahnya, kehadiran dalam talian itu perlu dilanjutkan kepada luar talian atau offline di mana beliau mengajak pengikutnya tidak kira latar belakang mereka ke kelas bagi mendalami ilmu agama yang dikendalikannya.



"Jika belia itu tidak bertudung, mempunyai tatu atau kaum lelaki yang bertindik, kami tidak akan mengadili mereka sekiranya mereka datang ke kelas agama kami.



"Apabila mereka hadir sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kesediaan mereka mahu mendalami ilmu agama. Dan jika mereka ingin mempelajari agama, adalah lebih baik mereka mempelajarinya daripada guru agama yang bertauliah," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >