AMALAN pakai kereta sehingga tamat tempoh sijil hak memiliki (COE) kenderaan sehingga 10 tahun telah menjejas perniagaan kereta terpakai di sini.
Keadaan itu menyebabkan peniaga kereta terpakai kekurangan bekalan, sekali gus sukar memenuhi permintaan daripada orang ramai yang lebih suka membeli kereta terpakai yang masih boleh digunakan antara dua dengan lima tahun dan tidak membebankan dari segi kewangan.