Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menawarkan pelbagai pakej pekerjaan unik sesuai dengan industri yang diceburi pelajarnya. Tujuannya adalah mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar alam kerja. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) mewawancara dua pelajar yang mengongsi pengalaman bekerja di perlumbaan antarabangsa Formula Satu serta Sukan SEA dan Sukan Paralimpik di Malaysia baru-baru ini.
PELBAGAI jenis soalan perlu ditangani Muhammad Danish Haikal Zolkarnain apabila bertugas sebagai pegawai perkhidmatan maklumat perlumbaan Formula Satu (F1) di Singapura baru-baru ini.