Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Guna kemahiran sumbang semula kepada masyarakat

Acara konvokesyen melihat kemuncak kerja keras seorang pelajar dan menandakan titik akhir bagi ramai pelajar. Pada masa yang sama ia juga merupakan masa bagi pelajar-pelajar ini meraikan pencapaian mereka sepanjang perjalanan pengajian mereka. Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang mewawancara beberapa anak muda yang telah menamatkan pengajian mereka di politeknik dan mengimbas kembali pencapaian mereka sepanjang tiga tahun.
May 10, 2022 | 05:30 AM



KETIKA beliau membesar, Encik Mohammed Aizam Abd Rahman (gambar) selalu menerima sokongan dan bantuan daripada orang ramai sekelilingnya selepas beliau kehilangan ayahnya ketika berusia lapan tahun.



Bertekad untuk memberi kembali kepada masyarakat, Encik Aizam memanfaatkan kemahiran yang dipelajarinya sebagai seorang pelajar di Politeknik Nanyang (NYP).



Ini termasuk meluangkan masanya untuk memulakan platform sokongan tuisyen dalam talian bagi mereka yang memerlukan semasa kemuncak pandemik Covid-19.



Dengan kerjasama lima orang pelajar lain di serata Singapura, mereka telah memulakan inisiatif Sokongan Tutor Covid-19 untuk Pelajar pada Mac 2019 hingga Januari 2021.



Menurut Encik Aizam 23 tahun, idea tersebut tercetus apabila orang ramai 'terkurung' di rumah semasa tempoh pemutus litar.



"Semua orang tidak dapat terus ke sekolah untuk belajar seperti biasa, kami memahami bahawa terdapat keperluan untuk sokongan dan dorongan dari segi pelajaran.



"Jadi apa yang kami melakukan adalah untuk memulakan inisiatif ini supaya orang ramai dapat akses kepada bantuan semasa tempoh yang mencabar ini," jelas lulusan Diploma dalam Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan di Politeknik Nanyang.



Inisiatif tersebut telah memanfaatkan seramai 1,000 pelajar daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab rendah.



Inisiatif itu turut menerima seramai 3,000 sukarelawan yang telah melibatkan diri dalam inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan.



Menekankan kepentingan memberi kembali kepada masyarakat secara peribadi, Encik Aizam berkata sebelum ini beliau telah menerima banyak sokongan daripada orang ramai ketika beliau membesar.



"Setelah bapa saya meninggal dunia, ibu saya telah menjadi pencari nafkah bagi keluarga saya. Ketika itu, saya ingat lagi saya telah menerima banyak bantuan daripada orang ramai, tidak kira dari rakan, keluarga dan juga guru-guru saya.



"Pada masa yang sama, saya rasa inisiatif ini juga membuat saya sedar bagaimana saya boleh menggabungkan keusahawanan, penyelesaian masalah dan penglibatan sivik untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik," jelas anak tunggal itu.



Berminat dalam mengasah kemahiran keusahawanannya, Encik Aizam mengambil bahagian dalam Program Latihan Keusahawanan Global (GEIP) selama enam bulan, yang diadakan dari jauh (remotely) kerana sekatan sempadan Covid-19.



Menjalani latihan amalinya bersama TwoFourSeven (247), sebuah syarikat e-dagang sosial yang berpangkalan di Shanghai, China, anak muda itu berpeluang untuk mengalami kehidupan dalam ekosistem permulaan yang bertenaga di luar negara.



"Mengikuti latihan itu, saya banyak pelajari tentang bagaimana syarikat permulaan berfungsi terutamanya dengan budaya berbeza dari kakitangan daripada United Kindgom, Amerika Syarikat dan China.



"Meskipun mencabar, saya rasa saya dapat memanfaatkan kemahiran komunikasi dan teknikal yang dipelajari dari NYP kepada tugasan kerjanya, termasuk mencipta aliran kerja untuk syarikat itu," kata beliau yang merupakan penerima Anugerah Tay Eng Soon untuk ITE Upgrader.



Menamatkan pengajiannya di NYP minggu ini, Encik Aizam kini sedang menunggu untuk mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS).



Dalam masa akan datang lulusan NYP itu berkata beliau berharap dapat melanjutkan pengajiannya dalam bidang keusahawanan atau keusahawanan di peringkat universiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >