Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru M'sia yang didakwa menceroboh S'pura ada sejarah penyakit mental

Jan 24, 2014 | 02:25 PM



GURU warga Malaysia berusia 28 tahun yang didakwa menceroboh masuk ke Singapura mempunyai sejarah penyakit mental yang panjang, kata seorang ibu saudaranya.


Menukil seorang mak ciknya, Cik Hanifah Che Pi, akhbar Malaysia The Star melaporkan hari ini bahawa Nurul Ruhana Ishak perlu sentiasa mengambil ubat, jika tidak dia akan mengalami kemurungan.


Nurul adalah anak pertama daripada lima adik-beradik dari Pendang, Kedah, dan mengalami kemurungan sejak di sekolah dan semasa di universiti.


Namun begitu, dia masih berjaya lulus sebagai guru dari Universiti Sains Malaysia dalam 2010.


Nurul ditangkap Isnin lalu di perkarangan Kementerian Ehwal Luar (MFA), dan kini direman di Institut Kesihatan Mental (IMH).


Cik Hanifah, seorang suri rumah, berkata: "Bila dia sakit, dia berdiam diri dan perlu disuap, tetapi bila dia baik, dia bijak dan baik."


Anak saudaranya telah didakwa menyusup masuk ke sini melepasi para pegawai imigresen di Pusat Pemeriksaan Woodlands minggu lalu dengan mengekori rapat sebuah kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >