Guru muda hari ini giat menggunakan cara baru demi menarik perhatian pelajar. Tiga guru yang menerima Hadiah Buku semasa Majlis Pengurniaan Guru Institut Pendidikan Nasional (NIE) mengongsi kisah mereka. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan SITI AINUN MARDHIAH MOHSIN (smohsin@sph.com.sg) melaporkan.
TERPERANJAT Cik Nurul Sakina Ismail apabila melihat cara pelajar menulis ayat dalam karangan mereka.