Guru, pelajar akan sertai acara penghormatan negara

SEKOLAH-SEKOLAH di sini telah menaikkan bendera separuh tiang pagi tadi, sebagai tanda menghormati mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Tempoh bertafakur selama seminit juga diadakan semasa murid berhimpun di sebelah pagi, kata kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE).

Esok, para pemimpin sekolah pula akan memberi ucapan semasa perhimpunan untuk mengenang kembali kehidupan Encik Lee dan legasinya.

Para pemimpin akan merujuk kepada mesej Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, kepada masyarakat MOE.

Para guru, kakitangan dan pelajar dari sekolah-sekolah Pemerintah dan institusi pendidikan pos-menengah (PSEI), dan kakitangan ibu pejabat MOE akan mengambil bahagian dalam acara-acara negara seperti Penghormatan Negara, Sesi Khas Parlimen dan Upacara Pengebumian Negara, kata MOE.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.