Guru pemenang Mencari Kristal

KISAH 'Sang Pembunuh' yang menolak hukuman gantung dan sebaliknya ingin dirinya ditembak dalam menghadapi hukuman mati telah dipilih sebagai cerpen terbaik, sekali gus memenangi Piala Mencari Kristal dan wang tunai $5,000.

Karya tulisan Encik Yazid Hussein, 49 tahun, seorang guru Bahasa Melayu di Maktab Rendah Pioneer, mengatasi tujuh karya lain yang terpilih sebagai antara yang terbaik.

Hadiah kemenangan disampaikan tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di majlis penyampaian hadiah di Auditorium SPH di Toa Payoh, malam tadi.

Karya 'Retak' tulisan Clarissa Nathania Goenawan, 28 tahun, seorang penulis warga Singapura kelahiran Indonesia, yang menceritakan kisah kehidupan 'dua dunia' seorang ayah telah dipilih sebagai pemenang kedua.

Cerpen 'Bulan Jingga' tulisan Mohammad Farihan Bahron, 37 tahun, seorang pereka grafik, yang menceritakan tentang cabaran seorang jurugambar telah dipilih sebagai pemenang ketiga.

Masing-masing membawa pulang piala dan wang tunai $2,000 dan $1,000.

Lima peserta menerima Hadiah Penghargaan: Tuty Alawiyah Isnin (Alibi); Mohamed Naguib Ngadnan (Awak Kad Mana?); Amanah Mustafi (Baik Ayah!); Djohan A Rahman (Bantal Pak Akub); dan Zaleha Isnin (Langit Nan Satu).

Kesemua mereka, berusia 36 hingga 58 tahun, membawa pulang plak dan wang tunai $200.

Program Mencari Kristal anjuran Berita Harian dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) buat kali pertama telah menarik lebih 120 penyertaan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.