Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru sementara 76 tahun dijel kerana cium murid sembilan tahun

Oct 16, 2015 | 09:20 AM



SEORANG bekas guru sementara berusia 76 tahun dipenjara empat minggu pada Rabu (14 Okt) kerana mencium seorang murid perempuan berusia sembilan tahun yang dia rasa menyerupai bekas temanitanya.


Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan demi melindungi identiti mangsanya, menjadi guru sementara kelas bahasa Cina di sebuah sekolah rendah dari Januari 2013 hingga awal tahun ini.


Dia pertama kali bertemu mangsa pada pertengahan 2013, apabila dia ditugas menjadi guru sementara kelas murid darjah tiga itu dan menyukainya kerana berasa dia menyerupai bekas temanitanya yang dikenalinya semasa berusia 18 tahun.


Guru itu, guru bahasa Cina di pelbagai sekolah sehingga dia bersara pada 1975, kemudian mencium murid tersebut di luar dewan sekolah.


Pada pertengahan tahun lalu, apabila murid itu berada dalam darjah empat, dia menciumnya sekali lagi apabila dia ditugaskan mengajarnya.


Dia mendekati murid berusia sembilan tahun itu selepas kelas dan memintanya membantu membawakan bukunya.


Teringat kejadian pertama, mangsa meminta rakan sekelasnya menemaninya tetapi dia enggan, dan murid tersebut mengikuti guru itu.


Sedang mereka melalui perpustakaan sekolah, guru itu tiba-tiba berpaling ke arah mangsa dan mencium bibirnya.


Dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu sehingga awal tahun ini, selepas kejadian ketiga.


Kali ini, lelaki itu meninggalkan sekeping kertas yang tertera nombor telefon bimbitnya pada murid tersebut dan memberitahunya dia boleh menghubunginya.


Murid tersebut membuang kertas itu dan kemudian memberitahu ibunya, yang menghubungi sekolah dan membuat laporan polis.


Guru itu didapati bersalah bagi satu tuduhan mencabul kehormatan dengan mencium murid tersebut pada pertengahan tahun lepas, manakala tuduhan kedua berkaitan kejadian pada 2013 diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >