Guru S'pura dalam senarai terpilih untuk menangi hadiah guru bernilai AS$1 juta

GURU Sekolah Menengah Greenwood Muhammad Nazir Amir, 38 tahun, yang mengajar Sains dengan meminta muridnya mencipta mainan, telah dipilih dalam senarai untuk memenangi hadiah guru bernilai AS$1 juta ($1.4 juta) oleh sebuah badan amal pendidikan berpusat di Dubai.

Akhbar The Straits Times melaporkan, Dr Nazir, pemenang Anugerah Presiden bagi Guru tahun lalu, merupakan antara 50 finalis yang dipilih dalam senarai tersebut.

Beliau berpeluang memenangi anugerah yang diberi gelaran sebagai "Hadiah Nobel untuk Guru".

Yayasan Varkey, yang memberi anugerah itu, berkata 50 guru terbaik daripada 20 negara telah disenarai pilih daripada ribuan pencalonan dan permohonan daripada 148 negara dunia.

Pemenangnya akan diumumkan di Forum Kemahiran dan Pendidikan Global di Dubai pada Mac 2016.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.