Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab baru Sana perkasa bekas pesalah dengan kemahiran, bantuan

Antara lain klien boleh mohon bantuan kaunseling, kewangan, baucar makanan dan garap kemahiran hidup yang baru
Jul 20, 2016 | 05:30 AM



SINAR harapan diberikan kepada mereka yang pernah terjerumus ke dalam kancah dadah ataupun kesalahan lain yang menyebabkan mereka dipenjara.



Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) kini membuka Pusat 'Step-Up' untuk mendekati golongan tersebut bagi menghulurkan bantuan.



Hab maklumat itu bermatlamat memberikan sokongan moral dan kewangan kepada golongan sedemikian serta keluarga mereka.



Bantuan disediakan agar bekas pesalah dapat mengintegrasikan diri mereka kembali ke masyarakat.



Pusat yang terletak di Hab Masyarakat Sengkang itu dibuka secara rasmi semalam.



Ketika ditemui, pengarah eksekutif Sana, Encik Abdul Karim Shahul Hameed, berkata:



"Apabila mereka (bekas pesalah) datang ke sini, kami akan menilai mereka terlebih dahulu supaya memahami keadaan mereka secara mendalam. Selepas itu, kami mencadangkan bantuan yang diperlukan."



Kini seramai 30 kaunselor terlatih berkhidmat secara sukarela di pusat itu.



Encik Abdul Karim berkata bekas pesalah dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya tiga sesi lawatan susulan agar dapat menerima bantuan secara menyeluruh.



Pusat seluas 372 meter persegi itu, atau sebesar sekitar tiga flat lima bilik HDB biasa, mengandungi beberapa bilik.



Antaranya ialah empat bilik kaunseling, bilik pengawasaan sukarela dan bilik permainan kanak-kanak bagi mereka yang datang sekeluarga.



Pusat tersebut mula menyediakan khidmat ini tahun lalu sebagai program perintis dan sudah menerima 339 kes. Menurut Sana, jumlah kes dijangka mencecah 500 pada tahun ini.



Bantuan kewangan yang diberikan di pusat itu termasuk pemberian jumlah wang yang kecil, baucar makanan dan kad EZ-Link.



Selain itu, ada pelbagai program disediakan yang dapat mempersiap klien Sana menghadapi masa depan.



Antaranya ialah program latihan dandanan dan cara memotong rambut. Usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama salun Brother's Barber Holdings.



Pengarah bersama syarikat itu, Encik Noor Izwan Noor Jali dan Encik Zen She Yikai, kededuanya 28 tahun, mengendalikan program dandanan di pusat tersebut.



"Kami menyediakan latihan dalam bentuk teori dan amali selama tiga bulan. Selain melengkapi mereka dengan kemahiran memotong rambut, saya bantu memupuk disiplin dan kesungguhan mahu bertugas dalam bidang ini," kata Encik Izwan, yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang itu.



Klien Sana juga menerima gaji ketika menjalani latihan. Usaha mereka turut diiktiraf dengan adanya sijil setelah tamat latihan.



Dengan memberikan khidmat secara percuma atau 'pro bono' kepada Sana, Encik Izwan berharap agar latihan itu dapat memberi bekas pesalah peluang kedua dan membantu mereka mencari makna kehidupan melalui pekerjaan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >