Hab Keselamatan dan Forensik IT baru di TP bangunkan keupayaan keselamatan siber

Ervina Mohd Jamil

PELAJAR Politeknik Temasek (TP) kini boleh mempertingkat keupayaan dalam bidang keselamatan siber menerusi pelbagai latihan praktikal di sebuah pusat baru di politeknik tersebut.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, melancarkan Hab Forensik dan Keselamatan IT itu pagi tadi.

Hab itu antara lain merangkumi Pusat Operasi Keselamatan TP-IBM yang turut dilancarkan pagi tadi. Pelajar senior TP yang mengikuti kursus diploma keselamatan siber dan digital serta kursus forensik digital akan berpeluang mengikuti program bekerja sambil belajar di pusat ini.

Mereka juga antara lain berpeluang bekerjasama dengan karyawan keselamatan IBM bagi mengendali projek keselamatan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.