Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab pengangkutan bersepadu Joo Koon mula operasi 21 Nov

Oct 21, 2015 | 03:31 PM



HAB Pengangkutan Bersepadu Joo Koon, yang turut merangkumi sebuah pusat pertukaran bas baru, akan memulakan operasi secara rasmi pada 21 November.


Operasi bas akan dilaksana dalam tiga fasa sepanjang tempoh empat minggu - yang pertama pada 21 November, kedua seminggu kemudian dan terakhir pada 12 Disember.


Lapan perkhidmatan bas, termasuk perkhidmatan baru 253, 256 dan 258, akan beroperasi dari hab itu, yang dijangka meningkatkan pilihan pengangkutan bagi penumpang yang tinggal dan bekerja di kawasan Jurong dan Tuas.


Selain menyediakan hubungan berhawa dingin antara pusat pertukaran bas dan stesen MRT Joo Koon, ia juga menempatkan Hab Fairprice yang menelan belanja $350 juta.


Dilancarkan pada September, Hab Fairprice mempunyai pusat pengedaran berteknologi tinggi dan juga berfungsi sebagai ibu pejabat pasar raya itu.


Joo Koon kawasan kelapan yang menerima hab pengangkutan bersepadu tersendiri. Dua lagi sedang dibina di Bukit Panjang dan Yishun, masing-masing akan siap pada 2017 dan 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >