Hab Sukan S'pura hentikan kegiatan aktif di luar

SEMUA kegiatan aktif yang diadakan di luar Hab Sukan Singapura telah digantung buat sementara waktu sehingga notis lanjut akibat keadaan jerebu yang semakin buruk.

Pusat-pusat sukan di hab tersebut yang terjejas termasuk the OCBC Aquatic Centre, Splash-N-Surf dan Water Sports Centre, kata hab itu dalam kenyataannya tadi.

Orang ramai telah dinasihatkan supaya mengambil langkah kesihatan yang diperlukan semasa menggunakan kawasan awam di sana, seperti gelanggang luar bola keranjang dan gelanggang pantai bola tampar.

Hab Sukan akan terus memantau keadaan jerebu dan akan membuka semula pusat-pusat sukan sejurus mutu udara bertambah baik.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.