Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan makanan Tahun Baru Cina bagi golongan susah

Jan 08, 2023 | 05:30 AM



RIBUAN keluarga memerlukan dapat mengukir senyuman kerana menerima bantuan makanan dan minuman daripada Community Chest menjelang Tahun Baru Cina.



Lebih 8,500 beg berisi makanan dan minuman akan diberi kepada 6,000 keluarga dan 2,500 warga emas dalam acara tahunan Fu Dai (Beg Berkat) Community Chest



Dalam satu kenyataan, badan itu berkata lebih 44 rakan kerjasama menyumbang dana dan tenaga membungkus beg itu semalam, termasuk Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.



Fu Dai Community Chest, dianjurkan bersama kumpulan relawan Heartwarmers, antara banyak acara tahun ini di mana badan itu menggalak rakan korporat dan masyarakat menyumbang secara tetap dan mewujudkan budaya memberi berkekalan.



Pengerusi Community Chest, Encik Chew Sutat, berkata habuan itu berupa barangan makanan penting dan dapat meringankan beban bil keluarga.



Benefisiari termasuk kanak-kanak berkeperluan khas, belia berisiko, orang dewasa kurang upaya dan pesakit mental.



"Sedang perkhidmatan sosial menjadi lebih rumit, kami akan perlu memanfaatkan kerjasama kami untuk meneroka cara menjadikan sikap memberi sebagai satu cara hidup - baik dengan menderma, menjadi sukarelawan atau menyediakan sumber.



"Melalui sumbangan menyeluruh penderma dan rakan kerjasama, kami dapat secara bersama memperkasa individu, keluarga dan masyarakat memerlukan untuk mencapai potensi maksimum mereka, walaupun dengan cabaran yang harus mereka hadapi dalam kehidupan ini," ujar Encik Chew.



Lebih 1,300 sukarelawan korporat dan masyarakat berkumpul di Pusat Pameran Changi bagi membungkus beg habuan itu Khamis lalu hingga semalam.



Antara mereka yang membuat sumbangan ialah seorang pesara usahawan, Encik Loh Kiong Poot, 79 tahun, yang menderma $500,000.



Beliau, yang berazam menolong masyarakat, melalui masa lampau pahit dengan ibu bapanya bercerai ketika usianya lima tahun dan lari dari rumah dan berhenti sekolah pada usia 14 tahun.



"Semasa saya muda, saya tidak dapat menikmati hidup senang, tetapi sekarang saya boleh menolong orang lain menjalani hidup lebih baik," ujar Encik Loh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >