Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan Projek Joy bagi keluarga memerlukan

Jun 25, 2015 | 05:26 PM



BERGOTONG-ROYONG menyingsing lengan bagi tujuan amal.


Demikian dilakukan sekumpulan relawan daripada Pusat Autisme St Andrew (SAAC) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi membantu Mendaki menyediakan 600 troli berisi makanan untuk diagihkan kepada keluarga memerlukan menerusi 'Project Joy'.


Diketuai Mendaki sejak 2002, projek tahunan yang diusahakan dengan kerjasama pemimpin masyarakat, sukarelawan dan badan korporat itu bertujuan memberi keriangan menerusi pemberian habuan. Baucar NTUC bernilai $50 turut diberi secara berasingan.


Seramai 20 pesakit autisme dengan dibantu 10 pelatih daripada Pusat Kegiatan Harian SAAC dan 44 staf LTA terlibat dalam menyediakan habuan itu di Wisma Mendaki semalam.


Ini kali pertama SAAC terlibat dalam projek tersebut dan kali kedua bagi LTA.


"Walaupun mereka menghidap autisme, mereka tetap mahu menyumbang kepada masyarakat," kata Pelatih Kanan SAAC, Cik Eve Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >