Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had belanja maksimum naik bagi kempen pilihan raya

Aug 21, 2015 | 10:42 AM



HAD perbelanjaan maksimum bagi setiap pengundi dalam daftar pengundi akan dinaikkan dari $3.50 kepada $4, manakala kertas-kertas mengundi pula akan mempunyai gambar-gambar calon dalam pilihan raya akan datang.


Demikian antara perubahan yang dibuat dalam proses pilihan raya, yang ramai menjangkakan diadakan bulan depan.


Kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) hari ini, Khamis, berkata had perbelanjaan yang dinaikkan itu mengambil kira inflasi.


Undang-undang mengehadkan perbelanjaan pilihan raya calon untuk memastikan persaingan diadakan secara saksama.


Membuat perbelanjaan melebihi jumlah maksium tidak dibenarkan, tambah ELD.


Mengenai kertas mengundi mempunyai gambar calon pula, ELD berkata ia bertujuan untuk memudahkan pengundi, terutama warga tua, mengenali calon-calon yang mereka ingin pilih.


"Saiz kertas mengundi yang baru akan disediakan lebih besar untuk memberi ruang kepada gambar-gambar tersebut," kata ELD sambil menambah langkah tersebut pernah diperkenalkan semasa Pilihan Raya Presiden pada 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >