Hadiah Jubilee Emas untuk bayi Singapura yang dilahirkan tahun depan

NUR ADILAH MAHBOB

BAYI warga Singapura yang dilahirkan tahun depan boleh menjangkakan satu hadiah khas sempena sambutan Jubilee Emas negara ini.

Hadiah Bayi Jubilee itu merupakan pemberian "kecil tapi bermakna" untuk menyambut anak Singapura yang lahir pada ulang tahun Singapura ke-50 tahun depan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Grace Fu tadi.

Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) telah mengundang warga Singapura untuk menyumbang idea mereka dan memilih barangan bagi "hadiah" tersebut.

Undangan tersebut bermula hari ini hingga 15 Mei depan,

NPTD juga telah melantik satu panel penasihat diterajui Cik Anita Fam, anggota majlis Families for Life; dan dianggotai Presiden I Love Children, Cik Joni Ong; Pengarah Unit Pembangunan Keluarga NTUC, Cik Toh Hwee Tin; pakar perbidanan di Hospital Raffles, Dr Jazlan Joosoph; dan Encik Jim Lim, perintis firma konsultansi hubungan keluarga.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 73
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.