Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

MALAM SASTERA BERITA HARIAN

Hadirin mahu acara bergema lagi

Jun 10, 2014 | 06:00 AM

Harus dianjurkan lagi. Itulah rata-rata reaksi antara 150 hadirin 'Malam Sastera Berita Harian' yang julung-julung kali diadakan Jumaat lalu di Auditorium SPH di Toa Payoh North. Seramai 14 sasterawan naik ke pentas mendeklamasikan sajak karya sendiri ataupun penyair lain. Antaranya empat pemenang Anugerah Tun Seri Lanang - Encik Suratman Markasan, Encik Djamal Tukimin, Encik Isa Kamari dan Nadiputra. Menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian ialah Art Fazil, Asnida Daud dan Datuk Ramli Sarip. Turut membuat persembahan ialah Encik Maarof Salleh dan Encik Rohman Munasip serta wartawan kanan 'Berita Harian', Encik Mohd Raman Daud, Cik Hanim Mohd Saleh dan Encik Chairul Fahmy Hussaini. Tidak ketinggalan persembahan deejay Adi Rahman dan wartawan muda, Cik Nurul 'Ain Razali. Kumpulan Azpirasi pimpinan Encik Azmi Juhari pula mempersembahkan gerak tari berdasarkan puisi tulisan Allahyarham Abdul Ghani Hamid, 'Sepanjang Jalan Ini'.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >