Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hakim Besar garis 3 hala tuju Mahkamah Keadilan Keluarga

ERVINA MOHD JAMIL
Feb 03, 2015 | 04:10 PM



HAKIM Besar Sundaresh Menon menggariskan tiga hala tuju Mahkamah Keadilan Keluarga (FJC) tahun ini bagi mencapai visinya menghasilkan keadilan yang melindungi, memperkasa dan memulihkan.


Dalam menetapkan piawaian bagi keadilan keluarga, Encik Menon berkata adalah wajar FJC menggunakan 'alat' tambahan bagi membangunkan sistem undang-undangnya, iaitu Mahkamah Tinggi Tiga Hakim seperti yang digunakan bagi mendengar rayuan majistret dalam kes jenayah.


Menurutnya, perkara yang sama dijangka dapat dilakukan dalam kes keadilan keluarga bagi menetapkan hala tuju dalam isu guaman yang sulit.


Encik Menon turut mengumumkan akan melantik Pasukan Kerja Semakan Undang-Undang Keluarga bagi membincangkan secara berterusan bidang yang perlu diubah, disemak atau diperhalusi.


Bagi memastikan keadilan keluarga terbuka kepada orang ramai, Encik Menon berkata pihak mahkamah akan menggiatkan usaha memastikan semua orang yang memerlukan perlindungan, termasuk mereka kurang bernasib baik, boleh mendapat keadilan dengan lebih mudah.


FJC juga akan bekerjasama dengan beberapa badan lain bagi membangunkan rangka kerja pengantaraan keluarga di sini dan memperluaskan penggunaan sejenis amalan undang-undang yang membolehkan pihak yang sedang mempertimbangkan untuk bercerai mencapai persetujuan sebelum memfailkan dokumen perceraian.


Encik Menon berkata beliau juga telah meminta Hakim Andrew Phang mempengerusikan Jawatankuasa Pentauliahan Pengamal Undang-Undang Keluarga.


Beliau turut menarik perhatian bahawa FJC juga akan terus bekerjasama dengan mahkamah dan institut pengantaraan di luar negara, bagi kes keadilan keluarga seperti yang melibatkan ibu atau bapa yang inging tinggal di negara lain selepas bercerai dan tidak dapat mencapai persetujuan tentang tempat tinggal anak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >