Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah akan fail kertas penamaan calon hari ini, penyokong berkumpul di PA

Sep 13, 2017 | 09:39 AM



Orang ramai telah berkumpul di bangunan ibu pejabat Persatuan Rakyat di King's George Avenue seawal 9 pagi pada Hari Penamaan Calon hari ini (13 September) untuk memberi sokongan kepada Cik Halimah Yacob.



Mantan Speaker Parlimen, Cik Halimah, akan tiba tidak lama lagi untuk menghantar Kertas Penamaan Calon dan dokumen lain.



Beliau perlu hadir bersama pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat penyetuju antara 11 pagi hingga 12 tengah hari.



Cik Halimah, 63 tahun, satu-satunya calon yang telah menerima Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2017, yang buat pertama kali dikhaskan untuk kaum Melayu.



Pegawai Pilihan Raya, Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Ng Wai Choong, dijangka mengisytiharkan Cik Halimah sebagai Bakal Presiden atau Presiden Elect, memandangkan Cik Halimah seorang sahaja yang akan dinamakan sebagai calon.



Cik Halimah juga dijangka memulakan penggal sebagai Presiden kelapan Singapura esok (14 September), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden wanita Singapura pertama dan Presiden Melayu kedua selepas Encik Yusof Ishak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >