Halimah dan Lawrence Wong akan bersama pimpin pasukan PAP Marsiling-Yew Tee

KEDEDUA Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Encik Lawrence Wong dan Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Marsiling-Yew Tee secara bersama.

Ini diumumkan Encik Wong dan Cik Halimah ketika ditemui media di sebuah kedai makan di Woodlands Street 31, hari ini.

"Cik Halimah ialah seorang AP veteran. Saya telah melihat cara beliau berinteraksi dengan penduduk di Bukit Batok East dan memperkukuh ikatan masyarakat. Saya tahu betapa cekap beliau.

"Saya perlu banyak belajar daripadanya. Oleh itu, saya telah memintanya untuk memimpin pasukan ini di GRC Marsiling," ujar Encik Wong.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.