Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah lancar program bank susu ibu

Aug 18, 2017 | 05:30 AM



MANTAN Speaker Parlimen Halimah Yacob melancarkan program bank susu pertama di Singapura hasil kerjasama Hospital Wanita dan KanakKanak KK (KKH) dan Temasek Foundation Cares.



Cik Halimah sedang mendukung bayi, Mirshaq Mohd Mustaqium, dua bulan, anak kedua Cik Nur Huda Yusman (berbaju kuning) di majlis yang diadakan di KKH semalam.



Cik Nur Huda, 29 tahun, seorang jururawat, telah melahirkan minat ingin mendermakan susu badannya kepada bank susu.



Juga hadir dalam pelancaran itu ialah anggota lembaga pengarah Temasek Foundation Cares dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican.



Cik Halimah dan Encik Salleh telah melahirkan minat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.



Ketika ditemui pemberita, Encik Salleh berkata beliau merancang memberikan borang permohonan bagi pilihan raya itu nanti dan berharap permohonannya untuk layak bertanding dalam pilihan raya itu diluluskan.



Cik Halimah juga merupakan mantan anggota lembaga pengarah Temasek Foundation Cares sebelum beliau meletak jawatan apabila mengambil jawatan sebagai Speaker Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >