WARGA Melayu Singapura membentuk 8.4 peratus daripada kesemua 126,000 pengguna Kredit SkillsFuture tahun lalu.
Menyifatkan ia sebagai 'agak kurang diwakili', Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, bagaimanapun menambah, jika dilihat secara keseluruhan latihan, warga Melayu membentuk 17 peratus pelatih iaitu "angka yang tidak begitu teruk".