ALUNAN kompang bergema di kolong Blok 4 Marsiling Road semalam, menyambut tetamu terhormat Speaker Cik Halimah Yacob, yang hadir bagi merasmikan Pusat Penjagaan Masyarakat Sunlove (SCC).
Pusat itu antara lain menempatkan sebuah klinik kecil yang mempunyai lima kakitangan, termasuk seorang doktor, pakar terapi dan beberapa pembantu kesihatan.