Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah sah tanding EP

Aug 06, 2017 | 08:04 PM



Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pilihan Raya Presiden yang akan berlangsung September ini.



Mengumumkan demikian semasa acara sambutan Hari Kebangsaan di kawasan undinya di Taman Sukan Masyarakat Marsiling tadi, Cik Halimah, 62 tahun, berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee.



Beliau juga akan meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Di bawah Perlembagaan, calon Presiden tidak boleh menganggotai sebarang parti politik pada hari pencalonannya bagi pilihan raya itu.



Pilihan Raya Presiden tahun ini dikhaskan bagi calon Melayu, selepas Perlembagaan dipinda tahun lalu, bagi memastikan perwakilan berbilang kaum diwakili di pejabat tertinggi negara ini dan memperketat kriteria bagi calon.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijangka mengeluarkan Writ Pilihan Raya lewat bulan ini. Tempoh permohonan, yang dibuka pada 1 Jun, akan ditutup pada hari kelima selepas writ dikeluarkan.



Pilihan Raya akan diadakan bulan depan jika Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden memberi ‘lampu hijau’ kepada sekurang-kurangnya dua calon.



Sebelum ini, dua calon telah memberikan pengesahan mahu bertanding dalam Pilihan Raya Presiden – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, 67 tahun, dan Pengerusi syarikat khidmat marin Bourbon Offshore Asia Pacific, Encik Farid Khan, 62 tahun.



Salah satu syarat bagi calon dalam sektor swasta untuk layak bertanding ialah mereka perlu memegang jawatan ketua eksekutif syarikat yang mempunyai ekuiti pemegang saham sekurang-kurangnya $500 juta.



Syarikat Encik Farid mempunyai ekuiti bernilai sekitar AS$300 juta ($415 juta) manakala syarikat Encik Salleh pula mempunyai ekuiti antara $254.3 juta dengan $263.25 juta sejak tiga tahun kewangan lalu.



Namun, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden akan menentukan jika calon itu layak bertanding, mempunyai hak menimbangkan sama ada calon itu mempunyai pengalaman dan keupayaan menjalankan tugas jika tidak memenuhi syarat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >