Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah: "Saya sedang timbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden"

Jul 16, 2017 | 10:48 AM



SPEAKER Parlimen Cik Halimah Yacob mendedahkan beliau sedang menimbangkan dengan serius  hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan September ini.



Berkata demikian semasa bertemu media di satu acara masyarakat di Marsiling pagi Ahad (!6 Julai), Cik Halimah, 62 tahun, berkata beliau telah memikirkan perkara itu buat tempoh yang agak panjang dan akan membuat keputusan tidak lama lagi. 



Cik Halimah, yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, menyertai politik pada 2001. Menyusuli Pilihan Raya Umum 2011, beliau dilantik Menteri Negara (Kementerian Pembangunan Negara, Belia dan Sukan) sebelum menyandang jawatan Speaker Parlimen pada 2013. Sebelum menyertai politik, beliau aktif selama 33 tahun dalam gerakan buruh.



Jawatannya sebagai Speaker Parlimen itu melayakkan beliau secara automatik untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut sebagai calon sektor awam.



Sebelum ini, dua tokoh korporat - ketua eksekutif Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, 67 tahun dan pengerusi syarikat sektor marin, Encik Farid Khan Kaim Khan, 61 tahun - telah melahirkan hasrat untuk bertanding.



Calon sektor swasta perlu memegang jawatan tertinggi syarikat dengan ekuiti pemegang saham bernilai $500 juta. Syarikat Encik Salleh memiliki ekuiti sekitar $260 juta manakala syarikat Encik Farid pula  bernilai $413 juta.



Pilihan raya presiden kali ini dikhaskan bagi calon Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >