Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah: Warga tua juga boleh sumbang kepada masyarakat

Jul 11, 2016 | 05:30 AM



WARGA tua bukan sahaja golongan yang hanya menerima bantuan tetapi mereka juga boleh menyumbang kepada masyarakat secara aktif.



Menyatakan demikian, Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob berkata salah satu cara warga tua dapat memberikan sumbangan adalah melalui program Mata-Mata Kampung yang sudah pun dimulakan di beberapa blok di Marsiling.



Di bawah program ini, warga tua boleh membantu memantau keadaan kawasan kejiranan mereka dan saling membantu antara satu dengan lain dalam isu seperti keselamatan dan kesihatan.



Walaupun program tersebut belum dilancarkan secara rasmi, kini terdapat seramai sekitar 90 anggota Mata-Mata Kampung yang aktif.



"Ramai warga tua yang memberikan sokongan bagi program MataMata Kampung ini. Ada juga sukarelawan yang berusia sekitar 70 tahun," kata Cik Halimah di acara sambutan Hari Raya beramai-ramai di Kelab Masyarakat Marsiling yang diadakan buat julung-julung kalinya semalam.



"Jadi, idea saya adalah melalui acara seperti sambutan Hari Raya ini, kami dapat mendekati lebih ramai warga tua untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat," tambahnya.



Kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan peluasan usaha mendekati lagi 90,000 warga emas yang bermula secara rasmi mulai bulan depan.



Cik Halimah berkata buat masa ini, tumpuannya adalah memberi sokongan padu kepada warga tua.



"Sejak dipilih pada September, fokus saya adalah memberikan sokongan yang lebih kepada golongan tua supaya mereka dapat merasakan seperti sebahagian daripada masyarakat dan tidak berasa terpinggir," katanya.



Beliau menambah acara yang diadakan semalam bukan sekadar merayakan Hari Raya tetapi juga meraikan dan menghargai warga emas serta memberikan mereka sokongan serta keprihatinan.



Semasa berucap, Cik Halimah menggalak golongan tua agar saling menyokong dan membina masyarakat kukuh di Marsiling.



"Kami semua di Marsiling tidak seharusnya hanya tinggal bersebelahan tetapi harus juga berusaha membina masyarakat serta keluarga yang kukuh," katanya kepada 800 warga tua pelbagai bangsa dan agama yang tinggal di kawasan itu.



Berita lanjut: Warga tua gembira di majlis Raya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >