Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Formula 1 Grand Prix Jepun

Hamilton dan Vettel mulakan GP Jepun di baris depan

Hamilton rebut petak permulaan pertama bagi Grand Prix Jepun, Vettel di petak kedua selepas Bottas dikenakan penalti kotak gear
Oct 07, 2017 | 07:26 PM



SUZUKA, Japan: Pendahulu kejohanan Formula Satu (F1) Lewis Hamilton merebut petak permulaan pertama bagi Grand Prix Jepun dengan pertunjukan yang hebat di peringkat kelayakan pada Sabtu (7 Oktober).



Hamilton melengkapkan satu pusingan di Litar Suzuka itu dalam masa 1 minit 27.319 saat (1:27.319 saat) dalam kereta Mercedes - masa terpantas dirakamkan di litar 5.8 kilometer itu - untuk meninggalkan pesaing jauh di belakang.



Rakan sepasukan Valtteri Bottas merakamkan masa kedua terpantas, tetapi tercicir lima kedudukan di petak permulaan selepas menerima penalti kerana menggantikan kotak gear yang tidak dijadualkan.



Perkembangan itu membenarkan pesaing utama Hamilton Sebastian Vettel dari Ferrari - pemandu ketiga terpantas di kelayakan - maju ke petak permulaan kedua, di sisi Hamilton.



Vettel, dari Jerman, ketinggalan 34 mata di belakang Hamilton dalam kedudukan keseluruhan, dengan musim berbaki 20 perlumbaan.



Pemandu McLaren Fernando Alonso, pula akan memulakan perlumbaan pada Ahad (8 Oktober) Dari petak terakhir, selepas diberi penalti 35 kedudukan selepas mekanik McLaren memasang unit kuasa baru dalam keretanya.



Kru McLaren tidak meninggalkan landasan mengikut jadual yang diberikan selepas enjin kereta Alonso mengalami masalah hidraulik.



Undang-undang F1 mengehadkan setiap pemandu kepada empat unit kuasa dan komponen berkaitan alat itu semusim, dan Alonso telah melebihi kuota yang diperuntuk kepada McLaren, yang terus bergelut menambah keandalan enjin Honda.



Suzuka ialah 'perlumbaan pangkalan' sendiri bagi Honda, yang akan berpisah dengan McLaren di akhir musim, selepas menunjukkan kelakonan hambar selama tiga tahun bekerjsama. Mulai musim depan, McLaren akan menggunakan enjin Renault.



Sebaliknya, Honda akan membekal enjin kepada pasukan junior Red Bull Toro Rosso, yang kini menggunakan enjin Renault. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >