HAMPIR $1 juta berjaya dikumpulkan bagi membantu keluarga warga Singapura yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Sabah Jun lalu.
Dalam satu kenyataan bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan Yayasan Temasek semalam, dana gempa bumi Sabah itu mengumpulkan $982,000 daripada individu dan syarikat dalam tempoh kutipan dari 23 Jun hingga 31 Ogos.