Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 100 banduan terima anugerah pencapaian

Apr 23, 2015 | 03:40 PM



HAMPIR 100 banduan menerima Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) di Penjara Tanah Merah hari ini bagi mengiktiraf penyertaan mereka dalam pelbagai kegiatan di bawah skim tersebut.


Seramai 96 banduan yang berusia antara 18 dengan 25 tahun itu sedang menjalani hukuman di Penjara Tanah Merah, Penjara Changi dan Penjara Wanita Changi.


Salah seorang daripada mereka memenangi anugerah emas sementara empat menerima anugerah perak dan baki 91 menerima anugerah gangsa.


Skim NYAA bermatlamat menggalak golongan muda membina sifat positif seperti kegigihan dan bergantung pada diri sendiri menerusi kegiatan seperti khidmat masyarakat, pembangunan kemahiran dan riadah fizikal.


Sejak Khidmat Penjara Singapura (SPS) melaksanakan skim NYAA itu pada 2000, lebih 1,460 anugerah telah diberi kepada banduan.


Majlis penyampaian anugerah itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Undang-Undang), Cik Indranee Rajah, selaku tetamu terhormat.


Ketika berucap di majlis tersebut, Cik Indranee berkata program NYAA memberi banduan itu peluang menyalurkan tenaga mereka kepada sesuatu yang positif, lantas memperkukuh peribadi dan azam mereka sementara membantu mereka menetapkan matlamat peribadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >