Hampir 300 pasukan sertai kejohanan futsal BH.sg

SAMBUTAN bagi Kejohanan Futsal Nasional 2015 anjuran BeritaHarian.sg mendapat sambutan memberangsangkan dengan hampir 300 penyertaan diterima bagi enam kategori yang dipertandingkan.

Tempoh pendaftaran yang berlangsung sejak dua minggu lalu berakhir kelmarin.

Kejohanan Futsal Nasional itu akan berlangsung pada 30 dan 31 Mei ini di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), di 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Pasukan yang turut serta dalam kejohanan futsal ini akan merebut kejuaraan dalam enam kategori yang dipertandingkan: Bawah 12 tahun (U-12); Bawah 14 tahun (U-14); Bawah 18 tahun (U-18); Bawah 35 tahun (U-35); Atas 35 tahun (A-35); dan Wanita.

Kejohanan julung-julung kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk juara keenam-enam kategori.

Juara berpeluang menjulang piala, pingat kemenangan dan wang tunai, selain beberapa lagi hadiah eksklusif yang akan disediakan.

Perincian tentang hadiah-hadiah yang ditawarkan akan diumumkan kelak.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.