Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 5km laluan mesra pejalan kaki dibangun merentasi lima kejiranan

Aug 23, 2023 | 03:06 PM



Hampir lima kilometer laluan jalan raya merentasi lima kawasan kejiranan di Singapura akan diubahsuai untuk memberi keutamaan kepada pejalan kaki.

Langkah ini adalah sebahagian daripada daya usaha Laluan Mesra, atau ‘Friendly Streets’, yang telah diumumkan awal tahun ini, di mana pihak berkuasa mengumumkan langkah percubaan terlebih dahulu di Ang Mo Kio, Bukit Batok West, Tampines, Toa Payoh dan West Coast sebelum inisiatif ini diperhalusi dan diperluas ke estet perumahan yang lain.

Selain memastikan laluan lebih mesra pejalan kaki, ia juga memberi penekanan kepada usaha mengurangkan pergerakan kenderaan dan mempertingkat pengalaman mereka yang berjalan kaki ataupun berbasikal.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu berkata ia akan menjalankan kajian lanjut dan mengenal pasti lokasi khusus dalam kawasan kejiranan, di mana ujian akan dijalankan.

Ia melibatkan laluan berikut:

[ο] Laluan 730 meter di Ang Mo Kio Street 31, antara Ang Mo Kio Avenue 6 dan Avenue 8;

[ο] Bukit Batok Street 31, 32 dan 33, dan sepanjang Bukit Batok West Avenue 5 dan Bukit Batok East Avenue 5, berjumlah 1.9 kilometer;

[ο] Laluan 390 meter di Tampines Avenue 9, antara Tampines Street 43 dan Street 44 dan 45;

[ο] Laluan 1 kilometer di Lorong 1A dan Lorong 2 Toa Payoh, antara Toa Payoh Central dan Lorong 1; dan

[ο] Laluan 770 meter di West Coast Road, antara West Coast Link dan Clementi Avenue 2.

Menurut LTA, laluan tersebut dipilih kerana ramai pejalan kaki dan penunggang basikal melalui laluan di lokasi-lokasi itu dan ia berdekatan dengan kemudahan awam seperti pasar, pusat makanan, kelab masyarakat, sekolah dan stesen MRT.

Rancangan LTA adalah untuk memperkenalkan ciri-ciri seperti lintasan pejalan kali yang dinaikkan, lintasan tanpa bebendul jalan serta laluan pejalan kaki yang lebih luas dan lebih mudah diakses di lima lokasi tersebut.

Lintasan berisyarat juga akan mengutamakan pejalan kaki – lampu isyarat di lintasan tersebut akan diprogramkan untuk mengurangkan masa untuk mengaktifkan lampu hijau dan meningkatkan tempoh masa melintas.

Terdapat juga papan tanda dan tanda jalan untuk mengurangkan kelajuan trafik dan mengingatkan pemandu bahawa mereka akan memasuki kawasan yang lebih inklusif dan mesra rakyat.

Ciri dan langkah tersebut akan disesuaikan daripada usaha sedia ada untuk memperbaiki pengalaman berjalan kaki dan mengayuh basikal seperti di zon sekolah; zon perak yang mengutamakan warga tua dan golongan kurang upaya; dan koridor keutamaan transit.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada hujung 2023.

Menurut LTA, setiap projek Laluan Mesra adalah unik dan direka bentuk dengan kerjasama masyarakat supaya ia dapat disesuaikan dengan keperluan penduduk setempat.

Pihak berkuasa sedang menubuhkan pasukan petugas bagi setiap lokasi yang diuji untuk mengendalikan penglibatan masyarakat.

Setiap pasukan petugas itu akan dipengerusikan oleh penasihat akar umbi setempat dan seorang wakil daripada Kementerian Pengangkutan, kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >