Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Hampir mustahil' elak Zika, jadi kawal pembiakan nyamuk penting

Apr 18, 2016 | 10:51 AM



CORAK perjalanan tempatan menjadikan "hampir mustahil mengelak" virus Zika daripada sampai ke sini, kata Menteri Kanan Negara (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, pada Ahad (17 Apr).



Ini kerana Singapura menjadi tuan rumah bagi ramai pengunjung asing dan penduduk negara ini pergi ke luar negara dengan kerap, lantas membuat kes Zika diimport ke sini satu kemungkinan.



"Walaupun kita telah mengambil langkah bagi menangani ancaman Zika, penting juga masyarakat... memainkan peranan aktif dalam mencegah pembiakan nyamuk," kata Dr Khor, yang juga Menteri Negara Kanan Kesihatan.



Virus Zika disebar oleh nyamuk Aedes, yang juga pembawa denggi. Kes Zika telah dilaporkan di negara-negara jiran Singapura, termasuk Filipina, Thailand dan Malaysia Timur. Dua minggu lalu, Vietnam melaporkan dua kes pertama virus itu.



Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mengesahkan minggu lepas kaitan antara Zika dan bayi yang dilahirkan dengan microcephaly, iaitu otak luar biasa kecil.



Bercakap kepada kira-kira 500 wanita dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Rakyat (PA), Dr Khor berkata memandangkan kaitan antara jangkitan Zika dan microcephaly pada bayi telah terbukti, wanita hamil "terutamanya" akan bimbang jika virus itu bertapak di sini.



Ini kali pertama PA menganjurkan acara akar umbi yang memberi tumpuan pada Zika.



Jangkitan Zika boleh kelihatan hampir sama dengan jangkitan denggi, kerana kedua-duanya berkongsi gejala sama, seperti ruam, sakit kepala dan sakit otot.



Tetapi mereka yang dijangkiti virus Zika juga cenderung mempunyai konjunktivitis, lebih dikenali sebagai mata merah. Sesiapa yang menunjukkan gejala sebegitu perlu berjumpa doktor dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >