Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir separuh habis bayar hutang HDB

Oct 12, 2017 | 05:30 AM



HAMPIR separuh, iaitu 47 peratus, atau 284,000, daripada 605,900 keluarga yang mengambil pinjaman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hingga Ogos lalu, telah melunas hutang bagi flat mereka.



Selain itu, semakin ramai pemilik flat HDB kini mempercepat pembayaran hutang flat mereka untuk mengurangkan bayaran faedah, kata HDB ketika menjawab pertanyaan Berita Harian.



Ini dilakukan menerusi pembayaran balik sebahagian jumlah pokok (PCR) menggunakan sama ada wang tunai atau dana daripada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.



Ia adalah pembayaran secara pukal yang dilakukan pada bila-bila masa selain pembayaran ansuran bulanan.



Bilangan keluarga yang melakukan PCR meningkat daripada 20,900 pada 2012 kepada 26,100 tahun lalu, kata HDB.



Perangkaan yang diberikan HDB itu tidak termasuk mereka yang mengambil pinjaman bank privet.



Secara keseluruhan, terdapat lebih sejuta isi rumah HDB di Singapura.



"Ada pemilik flat yang mungkin tidak tahu mereka boleh membayar balik sebahagian atau kesemua pinjaman hutang rumah mereka lebih awal dan menikmati penjimatan faedah.



"Oleh itu, HDB menggalak pemilik flat melakukan pembayaran balik sebahagian jumlah pokok, jika mereka bersedia dari segi kewangan untuk berbuat demikian," kata lembaga itu.



Pemilik yang ingin membuat pembayaran balik jumlah pokok boleh melakukannya secara dalam talian di HDB Infoweb.



Tidak ada kos pentadbiran atau denda dikenakan bagi pembayaran awal ini.



Jumlah faedah yang boleh dijimatkan berbeza, bergantung pada faktor seperti baki hutang dan baki tempoh pembayaran hutang.



HDB memberi contoh, berdasarkan baki hutang $200,000 dan baki tempoh hutang 25 tahun, pembayaran balik $10,000 akan membolehkan pemilik flat menjimat bayaran faedah $8,810, manakala pembayaran balik $20,000 akan menjimatkan $16,815.



Ini berdasarkan kadar faedah HDB sebanyak 2.6 peratus setiap tahun.



Namun, menggunakan wang CPF untuk membayar balik pinjaman hutang rumah bermakna pencarum CPF akan meraih kurang faedah daripada simpanan CPF mereka, berbanding jika dana itu dibiarkan dalam akan CPF mereka.



Keluarga yang melakukan pembayaran balik menggunakan wang tunai, dan bukan simpanan CPF, akan terus meraih faedah daripada wang yang dibiarkan dalam akaun CPF itu, kata HDB.



Pasangan suami isteri Mohammad Imran Mohammad Amin, 40 tahun, dan Nurhafizah Syed Hussain Shah, 36 tahun, antara mereka yang telah melunas hutang HDB mereka.



Mereka mengambil masa lapan tahun untuk melakukannya bagi flat empat bilik di Punggol yang dibeli pada harga $345,000.



"Kami ingin bebas hutang secepat mungkin," kata Cik Hafizah, seorang penaksir bebas.



Laporan lain: Tambah ansuran bulanan, bayar pukal bagi lunas hutang flat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >