SEMUA majlis bandaran telah menghantar kenyataan kewangan yang mematuhi peraturan perakaunan, kecuali Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam.
Menurut kenyataan MND, juruaudit luar AHTC tidak dapat mengesahkan baki pembukaan kenyataan kewangan majlis bandaran tersebut, jumlah yang perlu dibayar, perbelanjaan atau kos kakitangan majlis bandaran itu.