SEMASA beliau memutuskan menyertai peraduan tulis lirik lagu LiriikBaiik SG50, beliau sama sekali tidak menyangka dapat mendengar lagunya dimainkan di corong radio.
Lirik lagu Titik Merah, hasil karya Cik Amanah Mustafi, 57 tahun, yang dinyanyikan oleh Aisyah Aziz bakal dimainkan di corong radio RIA 89.7 FM pada minggu depan sebagai salah satu lagu di Hits Potensi RIA.