PERBAHASAN yang rancak di Parlimen hari ini diharap dapat memberikan serba sedikit penyelesaian berkenaan isu rumah di 38, Oxley Road, demi kepentingan awam, kata Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob.
Menurut Cik Halimah, tindakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengecualikan party whip atau cabuk parti bagi perbahasan itu juga adalah "isyarat amat kuat" yang menyokong perbahasan rancak dan berkesan yang melibatkan semua Anggota Parlimen (AP)