Harga COE ditutup bercampur-campur

HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan tutup bercampur-campur pada tender terkini pada Rabu (7 Sep), disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi bida.

Bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp, harga COE-nya jatuh 3.4 peratus ke $51,506, terendah dalam empat bulan.

Peniaga kenderaan mengaitkan ini kepada sentimen lemah pembeli dek pandangan suram mengenai ekonomi.

Harga COE kereta lebih 1,600 cc atau 130bhp naik 0.9 peratus untuk ditutup pada $57,002. Pengedar kereta berkata pelancaran kereta mewah popular Mercedes-Benz E-class baru antara sebab bagi kenaikan itu.

Harga kenderaan komersial ditutup 3.7 peratus lebih tinggi pada $49,801, dek bekalan lebih kecil berlalu. Oleh kerana kenderaan yang dibatalkan berkurangan, kuota COE bagi Ogos-Oktober 23 peratus lebih kecil daripada sebelumnya. Ini mengimbangi kesan jualan lemah, kata penjual kenderaan.

Harga COE motosikal naik 1.6 peratus mencapai $6,452, paling tinggi dalam lima bulan. Kuota COE motosikal berkurangan 9.6 peratus.

Harga COE Terbuka, yang boleh digunakan bagi sembarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta lebih besar, turun 0.1 peratus ke $56,889. k

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,354.710 +17.990