KEBANYAKKAN harga sijil hak memiliki (COE) kenderaan ditutup rendah dalam tender terkini hari ini, kecuali COE bagi kereta sehingga 1,600 cc dan 130 bhp.
Ia naik daripada $67,601 kepada $68,589.
Namun, COE bagi kereta 1,600 cc dan 130 bhp ke atas pula, ia turun daripada $78,000 kepada $77,600.
COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi membeli kereta besar, turun daripada $79,500 kepada $78,004,.
COE kenderaan komersial pula turun daripada $53,001 kepada $50,098, sementara COE bagi motosikal juga turun daripada $6,801 kepada $6,512.