Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga COE kebanyakan turun, meski kuota lebih kecil

May 5, 2021 | 6:27 PM
COE bagi kereta sehingga 1,600 cc atau 130 brek kuasa kuda (bhp) berharga $48,002, lebih rendah berbanding $49,640 pada dua minggu lalu.
COE bagi kereta sehingga 1,600 cc atau 130 brek kuasa kuda (bhp) berharga $48,002, lebih rendah berbanding $49,640 pada dua minggu lalu. - Foto Fail ST

HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kebanyakan kategori lebih rendah di akhir tender terkini pada Rabu (5 Mei), dengan harga yang melonjak sebelum ini membuat bakal pembeli kereta lebih berhat-hati. COE bagi kereta sehingga 1,600 cc atau 130 brek kuasa kuda (bhp) berharga $48,002, lebih rendah berbanding $49,640 pada dua minggu lalu. COE bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130 bhp pula berharga $60,001, berbanding $61,190 sebelum ini. COE Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi biasanya digunakan oleh kereta lebih besar pula berharga $63,002, turun daripada $62,100. Bagi kenderaan komersial pula, harga COE merosot daripada $44,001 kepada $43,001. Harga COE motosikal namun naik sedikit, daripada $8,000 kepada $8,011. Berbeza dengan kategori lain yang mempunyai bekalan COE lebih kecil dari bulan ini hingga Julai, kategori motosikal mempunyai bekalan COE lebih besar. Pemerhati pasaran berkata harga COE motosikal naik meskipun bekalan motosikal turut meningkat kerana ada permintaan kuat daripada pengendali khidmat penghantaran. Sebilangan pekerja yang telah diberhentikan akibat pandemik Covid-19 ini difahami telah mula bekerja dalam sektor khidmat penghantaran. Sentimen awam mengenai potensi sekatan Covid-19 - yang biasanya menambah permintaan bagi khidmat penghantaran - juga boleh menambah permintaan bagi COE motosikal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg