Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE kereta naik ke paras tertinggi dalam empat bulan

COE
May 06, 2016 | 08:21 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kereta melonjak ke paras tertinggi dalam empat bulan pada Khamis (5 Mei), walaupun bekalannya bertambah.



Bagi kereta hingga 1,600cc dan 130 bhp, harga COE-nya naik 1.2 peratus kepada $47,889, sedangkan bekalannya bagi tempoh Mei-Julai bertambah 9.3 peratus.



Harga COE kereta lebih 1,600 cc atau 130bhp meningkat 2.8 peratus kepada $51,010, biarpun bekalan COE-nya bertambah 21 peratus.



Kedua-dua harga COE itu berada di paras tertinggi sejak Januari.



Bagaimanapun, harga COE kategori Terbuka jatuh 1 peratus kepada $49,000. COE ini boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta lebih besar.



Peniaga kenderaan berkata minat beli yang meningkat dek acara jualan kereta tahunan Cars@Expo menyumbang kepada bidaan tinggi bagi COE.



Penganjur acara itu, Singapore Press Holdings, menganggarkan 1,400 kereta dijual pada acara tersebut dua minggu lalu.



Bagaimanapun, nisbah bida-bekalan sebenarnya berkurangan, iaitu 1.6 berbanding 1.7 pada tender sebelumnya dua minggu lalu.



Ini menunjukkan walaupun jumlah bida berkurangan, nilai bida lebih tinggi.



Ia satu petanda bahawa pembida percaya harga akan meningkat, antara sebabnya ialah pertumbuhan sektor kereta sewa privet yang didorong oleh firma seperti Uber, Grab dan SMRT.



Dalam tender pada Khamis, Lion City Rental, yang dimiliki Uber, berjaya dalam semua 90 bida kategori Terbukanya dengan bidaan setinggi $50,902.



Bersama bida yang dikemukanya dalam dua tender lalu, Lion City telah mendapat hampir 900 COE kereta - lebih 10 per cent daripada keseluruhan bida yang berjaya dalam tiga tender terakhir.



Sementara itu, harga COE kenderaan komersial jatuh 1.6 peratus kepada $42,302, terendah dalam empat bulan, dan premium bagi motosikal turun 3.1 peratus kepada $6,302, terendah enam bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >