Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE lebih rendah bagi semua kategori dek kenaikan bekalan

Nov 08, 2023 | 07:25 PM



Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) mencatatkan penurunan merentasi kelima-lima kategori pada sesi tender terkini yang ditutup pada Rabu.

Penurunan paling ketara adalah bagi kategori kereta besar dan berkuasa tinggi dan kenderaan elektrik (EV), diikuti dengan Kategori Terbuka.

Menurut laporan The Straits Times (ST), premium COE Kategori B – untuk kenderaan lebih besar dan berkuasa tinggi melebihi 1,600cc atau 130bhp serta EV melebihi 110kW – ditutup pada harga $110,001 iaitu penurunan sebanyak 26.67 peratus.


Angka tersebut lebih rendah daripada harga rekod $150,001 yang dicatatkan pada sesi tender 18 Oktober lalu.

COE Kategori Terbuka – yang boleh digunakan untuk mana-mana jenis kenderaan kecuali motosikal, tetapi digunakan kebanyakannya bagi kereta lebih besar – adalah $125,011, iaitu 20.88 peratus lebih rendah berbanding harga rekod $158,004 pada tender sebelum ini.

Bagi COE Kategori A – iaitu kenderaan lebih kecil dan berkuasa lebih rendah sehingga 1,600cc dan 130bhp, serta EV dengan kuasa sehingga 110kW – turut mencatatkan penurunan sebanyak 9.73 peratus kepada $95,689.

Ini adalah kali pertama harga COE bagi kategori sedemikian berada di bawah enam angka sejak Ogos.

Premium COE bagi kenderaan komersial pula ditutup pada harga $78,001, iaitu penurunan sebanyak 8.01 peratus.

Bagi premium COE motosikal, ia ditutup pada harga $10,889 iaitu 2.79 peratus lebih rendah berbanding $11,201 yang dicatatkan dalam latihan tender sebelum ini.

Ini adalah latihan tender pertama di bawah tempoh kuota tiga bulan yang baru dari November hingga Januari dengan bekalan COE lebih besar – peningkatan bekalan COE adalah sebanyak 12.9 peratus berbanding tempoh sebelum ini.

Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata pada Isnin permintaan daripada syarikat sewa kereta, yang turut membuat bidaan kenderaan, “tidak mungkin menjadi faktor utama” yang menyebabkan kenaikan harga COE.

Beliau berkongsi bahawa data menunjukkan harga COE meningkat dalam tempoh apabila permintaan daripada syarikat sewa kereta, yang kemudian menyewakannya sebagai kereta sewa swasta (PHC), telah merosot.

Beliau menyatakan sedemikian semasa menjawab beberapa pertanyaan Anggota Parlimen (AP) mengenai kenaikan harga COE dan sama ada Kementerian Pengangkutan (MOT) akan pertimbangkan mengkaji semula dasarnya di Parlimen.

Encik Chee berkata syarikat sewaan kereta berjaya membida sekitar 21 peratus daripada COE Kategori A dalam tiga suku terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >