Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE meningkat kerana kebimbangan pertumbuhan sifar

Nov 08, 2017 | 06:53 PM



HARGA Sijil Hak Milik (COE) kenderaan ditutup lebih tinggi bagi pusingan terbaru bulan November.



Harga bagi kategori A - kereta sehingga 1,600 cc dan 130 bhp - naik daripada $41,617 kepada $47,112.



Harga bagi kategori B - kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp - juga meningkat daripada $49,996 kepada $57,414.



Bagi kategori terbuka, Kategori E, yang boleh digunakan untuk apa-apa jenis kenderaan tetapi akhirnya digunakan terutama bagi kereta lebih besar, harga COE-nya naik daripada $52,000 kepada $57,000.



Premium motosikal naik daripada $4,903 kepada $5,502.



Premium COE bagi bas dan kenderaan barangan pula naik daripada $51,890 kepada $58,036.



Para pengamat berkata harga COE lebih tinggi berlaku kerana kebimbangan bekalan COE akan bertambah kecil disebabkan keputusan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk melaksanakan pertumbuhan sifar bagi jumlah kenderaan di negara ini yang semakin mengecil.



Menteri Negara Kanan Bagi Pengangkutan Lam Pin Min memberitahu Parlimen bahawa rancangan memotong kadar pertumbuhan dari 0.25 peratus hari ini kepada sifar Februari depan tidak dijangka mempunyai kesan besar terhadap harga COE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >