Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik sedikit

Sep 03, 2015 | 01:05 PM



HARGA flat jualan semula HDB meningkat sedikit pada Ogos, mengekalkan trend agak mendatar dalam beberapa bulan kebelakangan.


Secara keseluruhan, harga naik 0.3 peratus dari Julai hingga Ogos, menurut perangkaan terkini SRX Hartanah.


Ini disebabkan terutamanya kenaikan harga flat empat dan lima bilik, masing-masing sebanyak 1.4 peratus dan 0.9 peratus.


Harga flat tiga bilik dan eksekutif, bagaimanapun, jatuh 0.7 peratus dan 0.2 peratus.


Berbanding setahun lalu, harga telah berkurangan 3 peratus, dan turun 11.3 peratus sejak kemuncaknya pada April 2013.


Bilangan flat yang bertukar tangan berkurangan 6.8 peratus - 1,447 flat dijual pada Ogos, berbanding 1,552 pada Julai.


Para pakar telah berkata pemulihan pasaran flat jualan semula, jika berlaku, akan perlahan dan mengambil masa panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >