Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula naik sikit, bukan tanda trend harga akan meningkat

Dec 08, 2016 | 01:46 PM



HARGA jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik sedikit sebanyak 0.2 peratus pada November, tetapi jumlah transaksi berkurangan 5.3 peratus, menurut anggaran awal SRX Property pada Khamis (8 Dis).

Para pakar berkata kenaikan sedikit itu tidak membuat sebarang perubahan pada gambaran kestabilan harga keseluruhan pasaran jualan semula HDB, yang mendatar sebahagian besarnya sejak dua tahun lalu.

Pengarah R'ST Research, Encik Ong Kah Seng, berkata: "Kenaikan harga pada November adalah kejadian rawak dan tidak boleh dilihat sebagai trend harga flat jualan semula akan naik tidak lama lagi."

Kenaikan itu juga mungkin disebabkan sebahagiannya oleh pembeli mahu menyelesaikan perjanjian sebelum tempoh senyap pada Disember dek musim perayaan, katanya.

Kenaikan 0.2 peratus keseluruhan disebabkan harga flat tiga, empat dan lima bilik naik masing-masing sebanyak 0.2 peratus, 0.2 peratus dan 0.3 peratus.

Harga jualan semula flat eksekutif, bagaimanapun, susut 0.3 peratus.

Flats di estet matang menyaksikan peningkatan harga sebanyak 0.8 peratus, tetapi ini sebahagiannya diimbangi oleh kejatuhan 0.3 peratus di estet belum matang.

Sebanyak 1,585 flat dijual semula pada November, berkurangan 5.3 peratus daripada 1,673 pada Oktober.

Namun, ia lebih tinggi daripada 1,480 flat yang bertukar tangan setahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >