Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga gantri naik 1 sen hanya kerana ubah kedudukan motosikal

Nov 08, 2023 | 08:46 PM



Seorang penunggang motosikal dikenakan caj tambahan sebanyak satu sen hanya kerana memperbetulkan kedudukan motosikalnya di gantri keluar tempat letak kereta.

Ini setelah alat pengimbas gantri itu gagal mengesan unit dalam kenderaan (IU) motosikal tersebut sebelum penunggang itu mengalihkan kedudukan motosikalnya itu.

Berkongsi kisah mencuit hati itu kepada Berita Harian (BH), Encik Mohd Faizan Mohd Farid berkata beliau dalam perjalanan pulang dari Blok 322 Bukit Batok Street 33 pada Khamis (2 November) dengan menaiki motosikalnya.


Beliau ingin keluar dari gantri di tempat letak kereta apabila penghadang gantri tidak dibuka.

Detik tersebut dirakam dan dimuat naik ke akaun Tiktok beliau pada Ahad.







Daripada video tersebut, dapat dilihat caj yang dikenakan adalah 42 sen namun oleh kerana penghadang gantri tidak dibuka, beliau mengubah kedudukan motosikalnya agar ia dikesan pengimbas gantri.

Caj tersebut kemudian bertukar kepada 43 sen.

“Saya rasa gantri tersebut ada masalah imbas IU tetapi tak pula saya sangka (skrin pengimbas) tiba-tiba tukar harga, walaupun hanya satu sen saja,” seloroh beliau.

Adegan mencuit hati yang dirakam itu kini mempunyai lebih satu juta tontonan.

Beliau menjelaskan video yang dimuat naiknya itu hanyalah sekadar jenaka semata-mata tetapi tidak pula beliau sangka ia tular.

“Saya muat naik video Tiktok hanya untuk suka-suka saja. Tiktok saya tidak pernah serius,” tambah pengendali forklift berusia 27 tahun itu.

Di akhir video itu, beliau dilihat memberi renungan tajam kerana tidak pasti apa yang telah berlaku.

Ramai warga net di ruang komen video itu tergelak melihat gelagat yang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >