Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga jualan semula flat HDB susut 0.5% bulan lalu

Feb 08, 2018 | 03:20 PM



HARGA dan jumlah penjualan flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) susut bulan lalu berbanding Disember tahun lalu.



Perangkaan menunjukkan harga jualan semula susut 0.5 peratus manakala jumlah flat yang dijual turun 31.4 peratus, menurut kenyataan firma gerbang laman hartanah, SRX Property.



Mengetuai penurunan harga ialah flat tiga bilik dan lima bilik yang masing-masing turun 2.3 peratus dan 1.2 peratus.



Sebaliknya, harga flat empat bilik dan eksekutif pula masing-masing meningkat 1.3 peratus dan 0.4 peratus.



Sebanyak 1,089 unit flat jualan semula dijual bulan lalu, satu penurunan sebanyak 31.4 peratus berbanding 1,587 unit Disember tahun lalu.



Berdasarkan perangkaan SRX Property, harga median melebihi nilai pasaran X (TOX) keseluruhan - yang mengukur sama ada pembeli flat membayar lebih tinggi atau rendah daripada anggaran nilai pasaran sesebuah unit - ialah negatif $3,000 bulan lalu, berbanding $3,100 pada Disember.



Kesemua TOX bagi flat tiga bilik, empat bilik dan lima bilik ialah negatif $5,000, negatif $2,000 dan negatif $3,500.



Sebaliknya, TOX bagi flat eksekutif ialah $2,000.



Kallang/Whampoa dan Geylang mencatatkan TOX median paling tinggi sebanyak $17,000 bulan lalu, diikuti dengan Sengkang sebanyak $4,300.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >