HARGA kebanyakan Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan ditutup rendah dalam tender pada Rabu (4 Nov), dengan premium motosikal jatuh di bawah paras $6,000 buat kali pertama dalam lapan bulan.
Harga COE bagi kereta 1,600cc ke bawah dan 130bhp turun 2.3 peratus ke $56,001, manakala premium kereta 1,600cc ke atas atau 130bhp jatuh 4 peratus ke $57,501.
Bagaimanapun, harga COE bagi kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, naik 1.1 peratus untuk ditutup pada $60,689.
COE kenderaan komersial naik 3.6 peratus mencapai $43,809, manakala premium motosikal turun paling banyak, 6.2 peratus, ke $5,912.